fbpx

Agong hadir Majlis Sempena Hari Raya Pekap 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong menghadiri Majlis Sempena Hari Raya Pekap 2023 di Dewan Perdana Felda di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Sempena Hari Raya Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang di Ibu Kota (Pekap) 2023 di ibu negara hari ini.

Ketibaan Baginda di Dewan Perdana Felda di Jalan Maktab di sini kira-kira pukul 11 pagi disambut oleh barisan pimpinan Pekap dan beberapa kenamaan termasuk mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahli Jawatankuasa Induk Pekap, Dr. Rozilan Abd. Rahman berkata, seramai 1,300 tetamu dianggarkan menghadiri majlis yang diadakan bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang tersebut.

“Kami jemput seramai 1,300 tetamu. Majlis ini memang kami adakan setiap tahun. Sepatutnya diadakan semalam, tetapi atas faktor jadual ia diadakan hari ini,” katanya ketika ditemui Kosmo!

Terdapat 11 gerai menghidangkan pelbagai jenis makanan kepada para tetamu di Majlis Sempena Hari Raya Pekap 2023 dan para tetamu turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI