fbpx

PRN: Agihan kerusi dimuktamad dalam masa terdekat – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika di Majlis Mesra Aidilfitri Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

GOMBAK – Bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, Kerajaan Perpaduan akan memuktamadkan pengagihan kerusi bersama rakan gabungan dalam masa terdekat selepas penilaian secara terperinci oleh pucuk pimpinan tertinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bersedia meneliti semua cadangan yang dikemukakan di peringkat negeri sebelum membuat keputusan akhir.

“Pengagihan kerusi sudah dibincangkan tetapi akan dimuktamadkan dalam waktu terdekat dan bagi memuktamadkannya, tentunya Perdana Menteri selaku pengerusi PH dan saya sebagai pengerusi BN akan meneliti semua cadangan yang dikemukakan oleh kepimpinan parti kita di peringkat negeri untuk dimuktamadkan.

“Kita akan selesaikan secara baik dan selesaikan jika ada pun sedikit perbedaan untuk memastikan kemenangan memihak kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Mesra Aidilfitri Datuk Megat Zulkarnain Omardin di sini semalam.

Mengulas mengenai mengekalkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan di Selangor, Ahmad Zahid yakin keserasian bukan dapat diwujudkan diperingkat tertinggi namun turut dicapai di peringkat jentera.

“Saya yakin dengan keserasian yang diwujudkan bukan saja di antara Pengerusi BN negeri dan juga Pengerusi PH negeri malah di peringkat jentera, saya yakin keserasian itu dapat diwujudkan dengan baik untuk PRN nanti.

“Untuk kawasan Gombak, saya yakin pengundi kenal manakah yang intan manakah yang kaca. Saya yakin pengundi Gombak tidak akan tersalah pilih untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Apa yang penting, apabila kerajaan negeri terus dipegang oleh Kerajaan Perpaduan ini, Insya-Allah bukan saja daripada kemajuan pertumbuhan ekonomi dan industri tetapi soal kebajikan rakyat, soal kesejahteraan rakyat pasti diberi keutamaan,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai peratusan kerusi yang akan diperuntukkan kepada BN, Ahmad Zahid berkata, perkara itu belum diputuskan kerana proses perbincangan masih lagi berjalan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI