fbpx

Pemandu ditahan, lori disita cuba longgok sisa pepejal terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lori disita manakala, pemandunya ditahan selepas cuba melonggokkan sisa pepejal terkawal di Jalan Sungai Besi, Cheras, Kuala Lumpur petang semalam.

PUTRAJAYA – Seorang pemandu lori ditahan selepas cuba melonggokkan sisa pepejal terkawal di sebuah lokasi tidak dibenarkan di Jalan Sungai Besi, Cheras, Kuala Lumpur kira-kira pukul 3.50 petang semalam.

Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib berkata, serbuan dan tangkapan itu dibuat hasil aduan daripada orang awam beberapa hari lalu dan lori berkenaan turut disita untuk tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 71 (1), Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007, (Akta 672) iaitu larangan terhadap pelonggokan, pengolahan, pelupusan dan sisa pepejal terkawal tanpa kebenaran.

“Jika didapati salah, pelaku boleh didenda minimum RM10,000 dan maksimum RM100,000 atau boleh dipenjara selama tempoh minimum enam bulan dan maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI