fbpx

Liga Europa: Mourinho terus julang AS Roma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AS ROMA berpeluang untuk meraih kejuaraan Liga Europa musim ini selepas mara ke perlawanan akhir dengan menundukkan Leverkusen awal pagi semalam. – AFP

TURIN – Pengendali AS Roma, Jose Mourinho enggan terlalu memikirkan untuk diangkat sebagai legenda kelab itu selepas mengetuai pasukan ke pentas final Liga Europa selepas menyingkirkan Bayer Leverkusen 1-0 secara agregat, awal pagi semalam.

Ia adalah perlawanan akhir kedua berturut-turut buat Mou­rinho selepas memenangi kejuaraan Liga Konferens Europa musim lalu dan jika mampu julang trofi kali ini, ia akan jadi kejayaan kedua buat jurulatih itu selepas melakukannya bersama Manchester United pada 2017.

“Fokus utama saya bukannya untuk merekodkan nama saya dalam buku sejarah AS Roma. Sebaliknya saya mahu bantu pemain berkembang dan capai sesuatu yang hebat.

“Saya juga mahu beri sesuatu kepada penyokong AS Roma yang sudah berikan segala-galanya kepada saya sejak hari pertama lagi. Pastinya ia adalah kegembiraan buat kami untuk mara ke satu lagi final,” katanya.

Pada aksi timbal balik semalam, kedua-dua pasukan ter­ikat tanpa jaringan, namun tuah jelas berpihak kepada AS Roma untuk mengesahkan kemaraan hasil kemenangan pada perlawanan pertama, minggu lalu.

Mourinho nyata tidak boleh melupakan penyokong pasukan yang dianggap sudah memainkan peranan besar sepanjang penyertaan pasukan pada kempen Liga Europa musim ini.

“Saya tidak tahu apa lagi yang saya boleh minta daripada mereka, namun pemain berhak dapat sesuatu yang lebih istimewa,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI