fbpx

Ramai cadang kisah hidup Wan Azizah dijadikan filem selepas Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Filem Anwar: The Untold Story mula ditayangkan di pawagam bermula semalam.

PETALING JAYA – Rata-rata orang ramai mencadangkan agar kisah pengorbanan isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diangkat dan dijadikan sebuah filem selepas kejayaan Anwar: The Untold Story.

Filem Anwar: The Untold Story arahan sutradara Indonesia, Viva Westi yang mengangkat kisah perjuangan Anwar dalam arena politik tanah air dilihat mendapat respons positif daripada penonton sejak ia mula ditayangkan di pawagam bermula semalam.

“Saya dah tonton filem Anwar: The Untold Story, tolong buat filem seterusnya tentang Azizah. Angkat kisah cinta Azizah kepada suami, anak-anak dan Allah SWT.

“Kecekalan seorang Azizah wanita polos yang tabah memperjuangkan maruah suami dan keluarganya,” cadang @tradisi_co.

Pengguna tersebut mencadangkan perkara itu menerusi ruangan komen pada hantaran Instagram, Zunar yang juga merupakan penerbit eksekutif bagi filem tersebut.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di platform media sosial yang lain mendapati, ramai tersentuh ketika menonton setiap babak dan konteks yang diketengahkan dalam filem berkenaan.

“Anwar: The Untold Story. Komen saya cerita ini lain dari filem yang sedia ada. Kami sebagai penonton dapat rasa apa yang Datuk Seri Anwar rasa sebelum ini, kisahnya cukup meruntun jiwa. Kalau boleh, buat sambungan dan ketengahkan kisah Wan Azizah pula.

“Beliau seorang isteri yang tabah dan setia menunggu serta memperjuangkan suaminya walaupun mereka terpisah disebalik tirai besi,” cadang seorang pengguna Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI