fbpx

PRN: Pulau Pinang bubar DUN hujung Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (kanan) ketika sidang akhbar di Komtar, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada penghujung bulan Jun ini bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, setiap negeri mempunyai pertimbangan mengenai waktu yang sesuai untuk membubarkan DUN masing-masing bergantung kepada majlis-majlis dan acara kerajaan di-negeri-negeri tersebut.

“Keenam-enam negeri ada persetujuan bahawa DUN akan dibubarkan dua minggu terakhir pada pengujung Jun dan daripada kenyataan yang kita baca setiap negeri ada pertimbangan masing-masing.

“Pulau Pinang tetap dengan pelan asal kita iaitu bubarkan DUN pada minggu akhir Jun, sama ada minggu ketiga atau minggu keempat Jun,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri, di Komtar di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang; Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN masing-masing, maka satu PRN perlu diadakan sekiranya kerajaan negeri berkenaan membubarkan DUN masing-masing atau DUN terbubar dengan sendiri selepas tamat tempoh kelak.

Dalam perkembangan lain, Kon Yeow berkata, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) sebelum ini telah membuat permohonan bagi penyelesaian kepada pemasalahan berkaitan penyuraian trafik Seberang Perai di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) iaitu pada tahun 2020 kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU).

“Sebagai tambahan, hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri Pulau Pinang pada Julai 2022 telah bersetuju bahawa NCIA untuk menerajui inisiatif projek penambahbaikan jangka masa sederhana bagi penguraian trafik antara Juru- Sungai Duan(Lebuh Raya Plus).

“NCIA juga menganjurkan bengkel melibatkan beberapa pihak seperti Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), PLUS dan lain-lain untuk menyelaraskan perancangan projek penyuraian trafik ini,” katanya.

Tambahnya, susulan itu, NCIA sekali lagi telah memohon peruntukan di bawah Roling Plan 4 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kepada Kementerian Ekonomi untuk melaksanakan Kajian Penyuraian Trafik Seberang Perai demi kepentingan semua pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI