fbpx

Jimin BTS lakar sejarah tersendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIMIN

Anggota kumpulan BTS, Jimin membuktikan keutuhan dan kredibiliti muziknya apabila berterusan memecahkan rekod pada beberapa carta muzik utama dalam pasaran muzik teratas di dunia, antaranya Billboard Artist 100, satu carta muzik utama yang sangat kompetitif di Amerika Syarikat.

Selepas sudah mencipta sejarah beberapa minggu lalu sebagai penyanyi solo Korea Selatan pertama yang mendaki tangga nombor satu  carta Billboard Artist 100, Jimin cemerlang memanjangkan rekodnya daripada pencapaian minggu lalu sebagai penyanyi solo Korea pertama dan satu-satunya penyanyi yang kekal lapan minggu berturut-turut dalam carta berkenaan.

Kejayaan tersebut juga menjadikannya penyanyi solo Korea paling lama dalam carta sepanjang sejarah carta itu.

Jimin kekal sebagai artis solo Korea dengan jualan tertinggi album fizikal untuk 2023.

Albumnya Face secara keseluruhan adalah album terlaris kelima dalam jualan di Amerika Syarikat tahun ini berbanding semua album yang dikeluarkan artis lain.

Dia telah berjaya memecah masuk ke dalam Top 5 paling laris di seluruh negara dalam pasaran muzik yang sangat kompetitif walaupun album itu berusia kurang dari dua bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI