fbpx

K2

Promosi kebaikan vaksin sepanjang masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANYA 50 peratus penduduk Malaysia mengambil dos penggalak pertama dan kedua Covid-19. – Gambar hiasan

Saya terpanggil untuk memberikan respons kepada rencana yang bertajuk Startling Rice in Measles Cases yang diterbitkan dalam akhbar The Star pada 4 Mac lalu.

Sebaris ayat daripada artikel tersebut yang membuatkan saya risau: “Walaupun vaksin campak mencapai 95 peratus setiap tahun, lima peratus (kira-kira 20,000 hingga 25,000) kanak-kanak yang layak masih tidak divaksin. Selama bertahun-tahun, jumlah ini meningkat dan mereka kekal terdedah kepada campak.”

Untuk makluman, vaksin campak bukanlah baharu di Malaysia.

Vaksin tersebut telah dipilih sebagai sebahagian daripada Program Imunisasi Kebangsaan (PIK) sejak tahun 1950-an.

Walaupun vaksin campak adalah antara vaksin yang paling awal diperkenalkan di Malaysia, namun apa yang membimbangkan bilangan kanak-kanak yang menerima vaksin itu semakin berkurangan di Malaysia.

Sepertimana yang dilaporkan oleh media, 206 kes campak dicatatkan di seluruh negara pada 2022 berbanding dengan 128 kes campak pada tahun sebelumnya.

Artikel tersebut menyatakan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik Covid-19 memberi impak besar terhadap jumlah pengambilan vaksin.

Ketika PKP, jumlah ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk menerima vaksin di bawah PIK lebih sedikit berbanding sebelumnya.

Selain kesan PKP, peningkatan kanak-kanak yang tidak divaksin juga disebabkan oleh faktor vaccine hesitancy yang disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu daripada ancaman antarabangsa peringkat global pada tahun 2019.

Vaccine hesitancy bermaksud penangguhan atau keengganan untuk mengambil vaksin, walaupun ia boleh diakses dengan mudah.

Kita dapat melihat trend yang sama dengan vaksin Covid-19 terutamanya dos penggalak kedua Covid-19.

Vaksin mampu melindungi manusia daripada virus pembawa penyakit.
– Gambar hiasan

Hanya 2.5 atau 50 peratus penduduk Malaysia mengambil dos penggalak kedua dan pertama.

Ini jauh berbeza daripada 84.4 peratus penduduk Malaysia yang telah lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Tidak dinafikan bahawa ‘mandat vaksin’ merupakan faktor utama yang menyumbang peratusan tinggi penduduk Malaysia melengkapkan dua dos vaksin Covid-19.

Apa yang jelas, komunikasi berkenaan vaksin Covid-19 adalah sangat jelas dan mudah difahami.

Mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah secara konsisten mempromosikan serta mengingatkan masyarakat akan pentingnya mengambil vaksin Covid-19.

Bagaimanapun, kita tidak melihat usaha yang sama dilakukan untuk dos penggalak Covid-19.

Menurut laporan daripada Ketua Audit Negara, lebih 1.1 juta dos vaksin Covid-19 terpaksa dibuang kerana sudah melepasi tarikh luput.

Komunikasi berkenaan vaksin mesti jelas, mudah difahami dan menjawab soalan asas iaitu apa, siapa, bila, di mana, bagaimana dan kenapa.

Sebagai contoh, vaksin Covid-19 berfungsi untuk mencegah penyakit yang teruk dan kemasukan ke hospital, bukannya untuk mengelak jangkitan serta transmisi.

Mesej yang jelas dan mudah difahami ini mesti diaplikasikan untuk semua vaksin, bukan sahaja vaksin yang ditawarkan dalam PIK.

Sebagai contoh, kegunaan vaksin influenza, meningitis dan virus human papilloma mesti dipromosikan serta diberikan mesej yang jelas.

Sejarah telah membuktikan bahawa vaksin dapat melindungi manusia daripada pelbagai penyakit berjangkit yang berbahaya seperti campak atau meningitis. Oleh itu, komunikasi vaksin mestilah jelas dan mudah difahami oleh masyarakat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI