fbpx

Ibu hamil nak tengok konsert Coldplay tapi risau kandungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita mengandung meluahkan hasrat untuk menghadiri konsert Coldplay di aplikasi Twitter dan bertanya pendapat mengenai perkara itu.

Dia yang teruja dengan kehadiran Coldplay untuk membuat persembahan di Malaysia itu, ingin menyertai dan membeli tiket tetapi risau akan kandungannya.

Disebabkan perkara itu, wanita tersebut bertindak untuk bertanyakan pendapat orang ramai di Twitter dan dikongsikan semula oleh pengguna Twitter @Keem, sekiranya dia boleh menghadiri konsert berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak menggalakkan wanita berkenaan pergi, kerana risau boleh menyebabkan gangguan bayi didalam kandungan.

“Jangan la kak, berbahaya, tempat sesak macam tu, nanti apa-apa masalah jadi, rumit. ‘Crowd’ berpuluh ribu, jangan ambil risiko,” komen salah seorang pengguna Twitter.

“Akak tanyalah doktor, tapi ramai yang tak galakkan. Bunyi bising tak bagus untuk ‘unborn baby’. Mereka akan stres dan mungkin jadi pekak,” komen Indera.

“Tidak perlu pergi, anak-anak yang bakal dilahirkan perlu dijaga sebaiknya. Mereka yang bakal menyambung perjuangan leluhur kita di akhir zaman,” komen Ashrul.

Hantaran tersebut menjadi tular di aplikasi Twitter dengan tontonan sebanyak 1.2 juta, 1,029 ulang ciap dan 306 komen. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI