fbpx

NCT tambah anggota baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN NCT

SETELAH meraih pelbagai kejayaan, kumpulan NCT kini muncul dengan sub-unit terbaharu apabila memasukkan penglibatan beberapa anggota seperti Doyoung, Jaehyun dan Jungwoo.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Ovation Productions, debut itu dimulakan dengan Doyoung, Jaehyun dan Jungwoo yang dinamakan sebagai DoJaeJung akan ke Manila, Filipina untuk mengadakan sebuah persembahan.

Mereka bakal mengadakan persembahan secara langsung di Manila sempena acara Scented Symphony: Perfume.

Acara berkenaan dijadualkan berlangsung pada 24 Jun di SM Mall Of Asia Arena.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI