fbpx

MAIWP perkukuh hubungan bersama rakan strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Daud (dua, kanan) beramah mesra bersama tetamu pada Majlis Sambutan Ramah Mesra Syawal MAIWP bersama Rakan Strategik di Dewan Perdana Felda hari ini.- Foto FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) komited dalam memperkukuhkan hubungan bersama rakan strategik bagi menangani isu dan cabaran ketika ini.

Pengerusinya, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, ia merupakan hasratnya untuk menjadikan rakan strategik sebahagian daripada keluarga MAIWP.

Menurutnya, melihat kepada cabaran hari ini, MAIWP tidak mampu untuk menangani semua isu tanpa memperluaskan sayap dalam masyarakat.

Katanya, ia termasuk penglibatan pelbagai pihak terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal media, persatuan, tokoh korporat dan sebagainya.

“Dengan kerjasama yang kukuh bersama rakan strategik, MAIWP boleh mencari suatu formula yang terbaik dalam memperoleh hasil zakat.

“Jadi sama ada kita dapat zakat yang lebih banyak dan juga dalam konteks mengagihkan zakat. Ia perlu ada hubungan dua hala dan membawa konsep MAIWP iaitu ‘win, win, win’.

“Ia yang mana memberi pulangan kepada kami iaitu pengurus amanah zakat, kepada rakan strategik dan masyarakat,” katanya kepada Kosmo! pada Majlis Sambutan Ramah Mesra Syawal MAIWP bersama Rakan Strategik di Dewan Perdana Felda, di sini hari ini.

Terdahulu, lebih 2,500 tetamu dilihat hadir memeriahkan rumah terbuka MAIWP yang diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan sajian pelbagai juadah serta persembahan qasidah.

Tambah Mohd. Daud, beliau juga teruja dengan sambutan memberangsangkan yang mana ia merupakan anjuran julung kali khusus buat rakan strategik.

“Ramai yang saya tengok nama mereka atas kertas sebelum ini. Hari ini berjumpa dengan muka. Jadi, saya nak ucapkan terima kasih di atas segala bantuan yang diberikan kepada MAIWP.

“Semoga apabila mereka pulang nanti, mereka dapat fikir macam mana untuk bantu MAIWP dengan lebih banyak lagi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI