fbpx

Lari tinggalkan 15 kotak rokok dan 95 karton minuman keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 15 kotak rokok dan 95 karton minuman keras yang dirampas oleh pasukan Maritim Zon Bintulu selepas ditinggalkan oleh lima individu di kawasan pantai Samalaju, Bintulu.

BINTULU – Lima orang lelaki lari meninggalkan 15 kotak rokok pelbagai jenama dan 95 karton minuman keras selepas menyedari kehadiran pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim) Zon Bintulu ketika sedang memunggah barangan seludup itu di kawasan pantai Samalaju, di sini.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Mohd Khairol Anuar Saad berkata, kegiatan itu dikesan ketika menjalankan rondaan di kawasan berkenaan bagi mengesan dan mengekang aktiviti penyeludupan barangan bercukai kira-kira pukul 8 malam tadi.

“Semasa dikesan, lima orang suspek sedang melakukan aktiviti pemunggahan barangan tersebut.

“Namun mereka berjaya meloloskan diri menggunakan dua buah kenderaan jenis pikap yang gagal dikesan nombor pendaftarannya kerana cuaca dan keadaan laut yang bergelora menyukarkan pasukan Maritim untuk merapat ke pantai dengan cepat dan melakukan tangkapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata pasukan operasi merampas kesemua barangan berkenaan yang dianggarkan bernilai RM45,250 tidak termasuk cukai.

Katanya barangan itu kemudian dibawa ke pejabat Zon Maritim Bintulu dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967 kerana melakukan aktiviti penyeludupan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI