fbpx

Tuduh saya hina agama, fatwa songsang, itu jahat – Baby Shima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABY Shima tidak akan teragak-agak ambil tindakan undang-undang jika perlu.

PETALING JAYA – Tidak berdiam diri apabila dikecam, penyanyi sensasi Baby Shima menyelar mana-mana individu yang ‘menyerangnya’ selepas mengeluarkan kenyataan berhubung penganjuran konsert melibatkan artis antarabangsa di negara ini.

Pemilik nama penuh Nor Ashima Ramli itu juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang melampaui batas dalam melemparkan sebarang bentuk tuduhan terhadapnya.

“Tuduhan bahawa saya menghina agama dan menuduh keluarkan fatwa yang songsang adalah dakwaan yang berniat jahat serta fitnah

“Alangkah baiknya jika pihak-pihak terbabit boleh menghubungi saya sekiranya mereka tidak faham tentang hal yang cuba disampaikan.

“Saya juga akan rujuk kepada pihak peguam, sekiranya perlu untuk ambil tindakan susulan,” katanya.

Tambah pelantun lagu Lalai itu, dia juga juga terbuka dalam menerima sebarang teguran namun bukan dalam bentuk serangan membuta-tuli.

“Saya juga sudi dan bersedia menerima teguran tetapu bukan serangan tanpa usul periksa.

“Tiada keperluan menyerang saya dan janganlah rasa diri kira mulia dan semua artis itu pendosa. Kita semua adalah pendosa,” ujarnya.

Akui dirinya bukan manusia yang sempurna, dia bagaimanapun menegaskan mana-mana individu tidak semestinya harus memiliki sebarang kelayakan untuk melontar sebarang pendapat.

“Pilihan atas diri dan pendapat masing-masing.

“Saya bukan orang yang mempunyai latar belakang agama apatah lagi nak menghalalkan perkara yang haram.

“Semua itu hanya pendapat saya sahaja dan mungkin disebabkan tiada gelaran pencetus ummah (PU), saya tidak boleh suarakan pendapat?

“Adakah cuma yang ada gelaran PU sahaja yang boleh bercakap?” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia juga sekali lagi menegaskan mana-mana individu tidak perlu ke acara hiburan sekiranya merasakan konsert adalah acara haram.

“Di mana bab saya menghina agama?
Sekiranya tidak mahu ke konsert, tidak perlu ke konsert.

“Saya sebut konsert secara umum, konsert itu sebahagian daripada hiburan.

“Konsert Coldplay telah pun di luluskan oleh kerajaan. Malaysia mempunyai pelbagai agama dan bangsa, kita adalah masyarakat majmuk.

“Berapa banyak konsert telah dianjurkan sejak negara kita mencapai kemerdekaan,” ujarnya.

Semalam, Baby Shima mencuri perhatian ramai apabila berpendapat, sesiapa yang berasakan konsert sebagai sesuatu yang bersifat haram di sisi agama, adalah lebih baik tidak datang untuk menonton.

Dia turut menempelak pendekatan digunakan segelintir golongan pandai agama yang kerap menyerang kesalahan selebriti tanah air berbanding golongan agamawan yang terpalit dengan sebarang kontroversi.

Terdahulu, pendakwah bebas PU Syed membantah penganjuran konsert Coldplay dan menyifatkan kedatangan kumpulan terbabit tidak memberi manfaat kepada ummah.

Katanya Syed atau nama lengkapnya, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak budaya hedonisme atau hiburan dalam masyarakat perlu dihentikan.

Kunjungan sulung Coldplay ke Kuala Lumpur pada November nanti turut mendapat bantahan daripada pemimpin PAS, Nasrudin Hassan.

Menurutnya, vokalis utama Coldplay, Chris Martin merupakan seorang menyokong gaya hidup songsang, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) hanya kerana mengibarkan bendera pelangi pada salah satu siri konsertnya sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI