fbpx

Polis Johor buru suspek lempar objek seperti bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan letupan berlaku di sebuah restoran di Jalan Abdul Samad, Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU – Polis sedang memburu seorang individu yang disyaki melempar objek seperti bom di sebuah restoran di Jalan Abdul Samad, di sini, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 4.15 pagi.

Menurut beliau, dua video berhubung kejadian tersebut turut tular di media sosial.

“Pengadu seorang lelaki berusia 35 tahun memaklumkan telah mendengar bunyi letupan kuat sehingga beberapa cermin tingkap premisnya pecah.

“Hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati sebuah kereta berwarna gelap telah berhenti di pagar premis tersebut sebelum seorang individu keluar dan melempar satu objek ke tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, walaupun tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun objek dibaling suspek telah menyebabkan empat cermin tingkap premis perniagaan itu pecah.

“Polis masih menjalankan siasatan Seksyen 435 kanun keseksaan untuk mengenal pasti pelaku.

“Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh hubungi talian hotline IPD JBS 07-2182323 atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nik Mohamad Amirul Fikrie di talian 011-35202900,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI