fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Thor Chuan Leong ‘bidik’ emas ke-29

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Atlet snuker negara, Thor Chuan Leong berjaya meraih pingat emas acara snuker individu Sukan SEA Kemboja 2023 dalam aksi yang berlangsung di Pusat Snuker Son Sek Aeon, Phnom Penh hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

PHNOM PENH – Penantian hampir dua hari ‘kemarau’ singkat pingat emas akhirnya menemui titik noktah selepas jaguh snuker negara, Thor Chuan Leong menyumbangkan kilauan emas ke-29 pada temasa Sukan SEA Kemboja 2023 kali ini.

Pada saingan di Pusat Snuker AEON 2, Phnom Penh itu, Chuan Leong berjaya menewaskan atlet Thailand, Akani Songsermsawad dengan keputusan 4-1 (74-42, 67-48, 53-72, 53-17, 63-21) untuk mengungguli acara snuker individu sebentar tadi.

Kemenangan yang diraih merupakan pingat emas kelima peribadinya di pentas Sukan SEA sejak mula membuat penampilan ketika edisi 2007 di Thailand.

Chuan Leong berkata, kejayaan meraih pingat emas diharap dapat menaikkan semula kariernya selepas agak suram susulan berhijrah di Britain sejurus memenangi gelaran Juara Asia pada 2014.

“Saya akui cukup gembira dengan pencapaian saya di Sukan SEA kali ini, sebab saya hanya beraksi satu acara sahaja kali ini, jadi memang ada tekanan yang besar untuk diri saya, tetapi saya berjaya juga untuk memenangi pingat emas.

“Kejayaan saya ini bukan mudah, sebab saya bangkit selepas nama saya tenggelam dalam tempoh empat hingga lima tahun ini sejak saya ke Britain.

“Saya ke sana sebagai juara Asia, tetapi apabila di sana, saya ibarat beraksi sebagai budak kecil, jadi apabila menang pingat emas ini, saya rasa lebih baik,” kata atlet dari Pulau Pinang berusia 35 tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI