fbpx

Kedah lepaskan air dari Empangan Beris, Muda jika perlu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takungan dari Empangan Beris atau Muda akan dilepaskan sekiranya perlu bagi menampung penyusutan paras Sungai Muda. - Gambar hiasan

SUNGAI PETANI – Kerajaan Negeri Kedah akan memohon pelepasan air takungan dari Empangan Beris dan Empangan Muda di negeri ini sekiranya perlu bagi menampung penyusutan paras Sungai Muda ekoran kerosakan pada pintu baraj.

Penyusutan sungai tersebut menyebabkan 252,000 akaun pengguna di tiga daerah iaitu Kuala Muda, Kulim dan sebahagian Baling mengalami gangguan bekalan air bermula pukul 7.25 pagi tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kaedah pelepasan itu memerlukan nasihat teknikal daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) selaku pengendali empangan.

“Saya sudah mendapat laporan pada pagi tadi dan dimaklumkan paras air di Sungai Muda susut dengan mendadak. Kita ada kaedah untuk atasi iaitu pelepasan air dari takungan kita di Empangan Beris dan Empangan Muda.

“Cuma masalahnya baraj di Pulau Pinang tidak bertutup, apabila lepas air baki daripada yang kita dapat sedut (untuk rawatan) akan terus ke laut. Saya harap perkara itu diatasi dahulu dengan segera supaya apabila kita lepas air akan dapat disekat di baraj itu,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan geran tanah peringkat Daerah Kuala Muda, di sini hari ini.

Menurutnya, langkah-langkah kontingensi berhubung masalah itu sedang dilakukan antaranya menghantar bekalan air terawat menggunakan lori sebagai langkah segera kepada pengguna terjejas.

Ketika ditanya sama ada pelepasan air dari Empangan Beris dan Empangan Muda mencukupi untuk menampung pengguna domestik atau hanya untuk tujuan pertanian, beliau berkata, perkara itu turut perlu mendapat nasihat teknikal daripada JPS dan MADA. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI