fbpx

Irmohizam Personaliti Pelancongan Terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Irmohizam bersama anugerah yang diterima pada Majlis HAPA Awards Malaysia Series 2023-2024 di Petaling Jaya, kelmarin.

PETALING JAYA – Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Irmohizam Ibrahim menerima anugerah ‘Malaysia’s Best Hospita­lity & Tourism Personalities of The Year 2023 – 2024’ di bawah kate­gori Anugerah Hospitaliti & Pelancongan – Kepimpinan Berimpak Positif pada Majlis HAPA Awards Malaysia Series di sini, malam kelmarin.

Penganugerahan itu diberikan atas peranan beliau yang menyumbang dan memberi impak secara signifikan terhadap kemajuan dan kejayaan industri hospitaliti dan pelancongan di Malaysia dan di peringkat dunia.

Ia disampaikan oleh Pe­ngasas HAPA, Jennifer Ong.

WTCKL dalam satu kenya­taan berkata, Irmohizam me­nerajui WTCKL sejak 2018 dan pada 2019, beliau mengetuai latihan penjenamaan semula berskala besar yang menggabungkan Garis Panduan Jenama Standard WTCA.

Hasilnya, WTCKL telah berubah dengan dilengkapi dewan yang dinaik taraf dan pelbagai pengubahsuaian serta kemudahan tambahan seperti Co-Work @ WTCKL.

“Pencapaian ini sudah pasti akan membawa WTCKL ke tahap yang lebih tinggi.

“Motivasi beliau dalam mene­rapkan teknologi dan inovasi telah membolehkan WTCKL berkembang lebih jauh dan mempercepatkan pertumbuhan dalam Acara Perniagaan (BE) dan industri Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pa­meran (MICE).

“Ini terutamanya dalam mempromosikan elemen pelancongan mesra Muslim dalam industri ini, yang secara tidak langsung membolehkan Malaysia terus kekal dikenali sebagai salah satu hab pelancongan di peringkat antarabangsa,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI