fbpx

10 tapak tanah dikenal pasti gantian biaya kos KSSA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tengah) merasmikan Pusat Smart Desa di Kampung Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor, petang tadi.

SABAK BERNAM – Kerajaan Selangor mengenal pasti lebih 10 pilihan tapak tanah di negeri ini sebagai proses penggantian tanah bagi membiayai kos pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemaju masih dalam proses penelitian termasuk nilai tanah yang perlu bersesuaian dengan kos keseluruhan kompleks itu.

Menurut beliau, proses penggantian itu tidak semestinya dilakukan secara sekali gus, namun secara berperingkat.

“Kita sudah membuat tawaran (tanah itu) dan kini dalam proses akhir untuk memuktamadkannya.

“Kesemua tanah yang sedang dinilai itu termasuk beberapa kawasan di Hulu Selangor dan Klang,” katanya selepas merasmikan Pusat Smart Desa di Kampung Air Tawar di sini, petang tadi.

Pada 14 Mac lalu, beliau memaklumkan  beberapa pilihan tapak tanah di Klang dan Hulu Selangor diteliti bagi pembiayaian kos pembangunan KSSA tersebut.

Kawasan Pulau Carey tiada dalam senarai itu berikutan difokuskan bagi pembinaan pelabuhan ketiga di Selangor dan projek Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS).

Amirudin berkata, pembinaan kompleks itu hanya akan dimulakan selepas semua proses penggantian tanah selesai.

“Kita sememangnya turut bergantung kepada progress (kemajuan) proses berkenaan. Tindakan perobohan Stadium Shah Alam itu akan dijalankan kelak dan saya menjangkakan bermula tahun ini,” ujarnya.

Tambah beliau, pembinaan KSSA itu bukan hanya menumpukan perobohan stadium semata-mata, malah melibatkan keseluruhan projek tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI