fbpx

Yuran guru mengaji patut bayar seikhlas hati?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Isu pembayaran yuran kelas mengaji al-Quran masih menjadi perdebatan dalam kalangan ibu bapa dan guru sehingga hari ini.

Tinjauan Kosmo! di beberapa kumpulan Facebook komuniti hari ini mendapati ramai yang mempersoalkan apabila guru mengaji mengenakan yuran bermula RM30 sehingga RM70 sebulan kepada setiap murid yang mengikuti kelas berkenaan.

Difahamkan juga, kelas mengaji al-Quran diadakan dua hingga tiga kali seminggu.

Bagaimanpun, masih ramai ibu bapa yang menganggap guru mengaji tidak sewajarnya menetapkan sebarang bayaran atau caj kepada kelas tersebut.

“Kelas mengaji memang kena bayar ka setiap bulan? Atau setiap minggu? Bukan sepatutnya bayaran seikhlas hati? Tapi kenapa ada guru yang sudah tetapkan bayaran ikut bulan apabila saya tanya,” soal seorang pengguna.

“Kalau di kampung kebanyakan tak kenakan sebarang bayaran, ada ramai ustaz dan ustazah yang ikhlas membantu ajar budak-budak kampung mengaji al-Quran. Kalau di bandar kebanyakan kenakan bayaran macam pergi kelas tuisyen,” ujar pengguna yang lain.

Dalam pada itu, ada pengguna yang menyokong kelas mengaji al-Quran juga perlu dikenakan bayaran setimpal kerana masa dan perkhidmatan yang diberikan oleh tenaga pengajar.

“Kalau untuk akademik ibu bapa sanggup bayar beratus, apa lah sangat RM50 untuk keluarkan bagi tujuan bayar yuran kelas mengaji anak-anak. Ilmu agama untuk sepanjang hidup lebih berkat jika tidak berkira untuk bersedekah kepada ustaz dan ustazah yang ajar anak-anak kita,” kata Norasyikin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI