fbpx
Seorang pekerja melayan pelanggan yang datang ke sebuah kedai emas di Shah Alam kelmarin. FOTO M Firdaus M Johari

Ramai pelanggan mahu jual emas berbanding beli emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peningkatan harga emas di pasaran global yang ketika ini mencecah RM300 segram dianggap sebagai peluang terbaik buat orang ramai untuk mencari keuntungan dengan menjual semula barang kemas tersebut.

Menerusi tinjauan di kawasan tumpuan membeli emas di Shah Alam dekat sini, para pelanggan dilihat mula beratur di kedai emas seawal pukul 10 pagi semata-mata untuk menjual semula emas yang mereka miliki.

Seorang pekerja Kedai Emas Anuar, Siti Nurathirah Idris, 28, berkata, pelanggan memang ramai tetapi mereka datang bukan untuk membeli emas.

“Mereka datang untuk jual semula emas dan perkara ini memang biasa berlaku kerana emas sering digunakan sebagai aset yang bernilai untuk dijual semula.

“Emas memang bernilai tinggi, saya sebagai pekerja pun rasa sangat pentingnya untuk kita ada emas.

“Masa kita susah, nak buat beli rumah atau sebagainya, emas yang kita akan gunakan,” katanya.

Seorang lagi pekerja, Ahmad Muzaffarshah, 24, juga agak terkejut dengan kehadiran pe­langgan yang agak ramai terutama pada hari minggu.

“Disebabkan harga emas sekarang semakin meningkat, ramai pelanggan datang ke kedai kami untuk jual semula emas mereka,” katanya.

Tambahnya, harga yang ditawarkan ketika ini adalah antara yang tertinggi iaitu RM293 se­gram mengikut harga pasaran.

Seorang pelanggan, Noras­liza Abdullah, 46, mengakui datang ke kedai emas berhampiran rumahnya untuk menjual semula koleksi emas lama miliknya.

“Harga emas dah naik, jadi kalau saya jual, tak rugi pun. Memang untung dan berbaloi juga.

“Boleh guna untuk beli barang keperluan kerana masa susah inilah kita gunakan aset yang ada,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN