fbpx

Wanita upah pembunuh anak demi bolot harta pusaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek didakwa mengupah pembunuh dengan bayaran sebanyak 80,000 ruble. – Polis Krasnoyarsk

SIBERIA – Seorang wanita Russia dituduh mengupah pembunuh upahan untuk menamatkan riwayat tiga anaknya bagi membelot harta pusaka keluarga tersebut, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Polis di bandar kedua terbesar di Siberia, Krasnoyarsk, menahan wanita berusia 67 tahun itu minggu lalu dengan rakaman dikongsikan Kementerian Dalam Negeri di aplikasi Telegram menunjukkan suspek diberkas di luar rumahnya.

“Adakah anda tahu mengapa anda ditahan?” soal salah seorang anggota polis ketika menggari suspek.

“Tidak,” kata suspek.

Menurut laporan, wanita berkenaan telah mengarahkan pembunuhan seorang anak lelaki dan dua anak perempuannya supaya dia boleh menjadi satu-satunya penama yang boleh mewarisi harta pusaka keluarga tersebut.

Suspek juga dikatakan berkongsi rancangan jahatnya itu dengan seorang rakan yang membantu dia mencari seorang pembunuh upahan.

Pembunuh upahan tersebut diupah dengan bayaran 80,000 ruble (RM4,574) untuk menyelesaikan misi itu.

Beberapa gambar yang dikongsikan jabatan polis turut menunjukkan timbunan wang tunai yang dikatakan dikeluarkan dari bank oleh suspek untuk membuat pembayaran.

“Polis menerima maklumat bahawa seorang penduduk dari wilayan tengah, dilahirkan pada 1956 dan berhasrat menjadi pemilik tunggal harta pusaka, telah mengarahkan pembunuhan seorang anak lelaki dan dua anak perempuannya,” kata Kementerian Dalam Negeri Krasnoyarsk. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI