fbpx

Lelaki asing kencing di tempat wuduk BSI ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki warga asing ditahan selepas kencing di tempat wuduk BSI Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warganegara asing yang bertindak biadap dengan membuang air kecil di tempat wuduk di Kompleks Sultan Iskandar (BSI) disini telah ditahan polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek yang berusia 69 tahun itu ditahan sejurus selepas dia selesai melakukan perbuatan tersebut dan permohonan reman sedang diperolehi di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

“Polis menerima laporan berhubung perbuatan jelik berkenaan pada pukul 4.36 petang, semalam. Sehubungan itu, suspek telah ditahan selepas kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kamarul Zaman, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan saringan air kencing didapati negatif.

“Polis masih menyiasat sebab mengapa lelaki tersebut berbuat demikian dan kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`