fbpx

Dua sukarelawan perubatan diculik di Sudan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Ahmed (kiri) dan Mohamed Jamal. - The Guardian

KHARTOUM – Dua sukarelawan perubatan yang menaiki sebuah ambulans di utara Khartoum hilang selepas ditahan oleh pasukan separa tentera Sudan selama beberapa hari, lapor akhbar Arab News semalam. 

Mohamed Ahmed dan Mohamed Jamal hilang minggu lalu ketika terlibat dalam misi membuka semula Hospital Haji Al-Safi di Bahri.

Hospital itu telah ditutup kerana pertempuran sengit antara tentera Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF).

Keluarga dua sukarelawan tersebut tidak tahu mengenai kejadian itu sehinggalah pada Ahad lalu apabila perisikan tentera mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan bahawa mereka telah ditangkap semasa menaiki ambulans yang dicuri, lapor akhbar The Guardian.

Bagaimanapun, aktivis-aktivis menafikan dakwaan itu dengan menyatakan bahawa dua lelaki berkenaan adalah sebahagian daripada pasukan sukarelawan yang cuba membuka semula hospital di bandar tersebut.

Ahmed dan Jamal dibebaskan pada Isnin lalu selepas penculik mencukur kepala mereka dalam percubaan untuk memalukan mereka.

Jurucakap pasukan doktor Sudan, Dr. Attia Abdallah berkata: “Dua lelaki muda ini telah bekerja dengan kami selama dua minggu untuk membuka semula hospital.

“Mereka tidak sepatutnya dibalas dengan tangkapan dan dituduh atas perkara yang tidak dilakukan,” katanya.

Kira-kira 80 peratus hospital di Khartoum telah ditutup atau tidak dapat beroperasi sepenuhnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa mengatakan bahawa sistem penjagaan kesihatan Sudan sudah runtuh. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI