fbpx

Dua bekas ketua bahagian syarikat getah direman SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah reman. FOTO IHSAN SPRM

PUTRAJAYA – Dua bekas Ketua Bahagian sebuah syarikat swasta industri getah direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran disyaki menerima rasuah berjumlah lebih RM100,000.

Difahamkan, rasuah itu diterima daripada kontraktor terlibat bagi mendapatkan projek pembelian mesin dan pembekalan barang.

Susulan itu, kedua-dua lelaki berkenaan masing-masing berusia 45 tahun dan 80an ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Majistret Mohd. Dinie Shazwan Shukor telah mengeluarkan perintah reman terhadap suspek berusia 80an selama tiga hari bermula hari ini sehingga 12 Mei 2023.

Seorang lagi suspek berusia 45 tahun direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 13 Mei depan selepas SPRM membuat permohonan tersebut pagi tadi di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, suspek terlibat dipercayai meminta wang suapan daripada kontraktor berjumlah RM83,000 dan RM50,000 bagi tujuan mendapatkan projek pembelian mesin pemotong serta barangan perindustrian getah antara tahun 2019 hingga 2020.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI