fbpx

Penang 2030 COOP Grant agih RM215,000 geran ke koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zakiyuddin (tiga dari kiri) menyerahkan bantuan geran bantuan kepada seorang wakil koperasi pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri Gerakan Koperasi Negeri Pulau Pinang di Seberang Jaya, hari ini.

SEBERANG PERAI- Sebanyak RM215,000 daripada keseluruhan RM450,000 nilai geran yang diperuntukkan kerajaan negeri bagi kegunaan koperasi di negeri ini atau Penang 2030 COOP Grant telah dilulus dan diagihkan kepada 23 buah koperasi yang layak setakat ini.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pulau Pinang, Norlelah Samsuddin berkata, daripada 23 buah koperasi itu, 14 daripadanya merupakan koperasi sekolah dengan sebahagian besar daripada mereka menerima peruntukan sehingga RM10,000 bagi setiap koperasi.

“Insya-Allah, baki lagi RM235,000 yang diperuntukan untuk koperasi itu akan kita salurkan pada tahun ini juga bagi membantu koperasi-koperasi kecil yang memerlukan bantuan dari segi infrastruktur dan modal pusingan.

“Memang itulah sasaran kita. Kita target koperasi-koperasi ini (koperasi kecil dan mikro) untuk kita bantu lonjakkan perniagaan mereka terutamanya koperasi sekolah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri Gerakan Koperasi Negeri Pulau Pinang yang disempurnakan Timbalan Ketua Menteri 1 yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Koperasi dan Pemerkasaan Komuniti negeri, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman di Seberang Jaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Norlelah berkata, turut tersenarai dalam kalangan penerima bantuan itu adalah tiga buah koperasi baharu yang menerima bantuan kurang daripada RM10,000 iaitu terdiri daripada sebuah koperasi farmasi, sebuah koperasi sekolah serta sebuah koperasi keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI