fbpx

Anthony Loke mahu jumpa Azam, dapatkan laporan lanjut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke bercakap kepada pemberita selepas Majlis Simpulan Kasih Malaysia Madani dan Perhimpunan Bulanan Tahun 2023 di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook akan bertemu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendapatkan laporan lanjut berhubung pendedahan salah laku kakitangan agensi di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) yang tidak diendahkan.

Anthony Loke berkata, beliau memandang serius berkenaan isu dibangkitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menerusi laporan media yang disiarkan hari ini.

“Saya tiada maklumat (lkerana (isu) ini melalui laporan media, oleh sebab beliau ada menyebut berkenaan dengan agensi di bawah MOT, maka saya akan mengambil langkah proaktif.

“Saya akan memohon janji temu dengan Ketua Pesuruhjaya bagi bertemu beliau untuk mendapatkan laporan lanjut.

“Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya dan mengarahkan di peringkat kementerian melalui Ketua Setiausaha dan ketua jabatan memberikan kerjasama sepenuhnya serta mengambil tindakan sekiranya laporan diberikan itu mempunyai bukti dan asas kukuh,” katanya di sini tadi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai pendedahan Azam yang menjelaskan ada antara agensi kerajaan tidak mengendahkan laporan salah laku membabitkan kakitangan mereka walaupun agensi itu mengesyorkan tindakan diambil.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, beliau akan memastikan sesiapa sahaja di bawah MOT yang terlibat dengan mana-mana kes salah laku akan dikenakan tindakan yang sewajarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI