fbpx

Zakaria terima anugerah khas LLM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zakaria (kanan) ketika menerima Anugerah Khas Kecemerlangan Personel Industri Lebuh Raya daripada LLM baru-baru ini.

PETALING JAYA – Presiden Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi menerima Anugerah Khas Kecemerlangan Personel Industri Lebuh Raya daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), baru-baru ini.

Beliau diberi pengiktirafan tersebut di atas faktor kepimpinan serta penetapan halu tuju strategik dalam mendepani isu berkaitan industri lebuh raya dan bertindak sebagai pengantara di antara syarikat konsesi dengan agensi kerajaan terutama Kementerian Kerja Raya (KKR) dan LLM.

Anugerah Khas Kecemerlangan Personel Industri Lebuh Raya bertujuan menghargai para personel yang berkhidmat di dalam industri lebuh raya dengan penyampaian perkhidmatan cemerlang.

Majlis penyampaian itu turut disempurnakan Menteri KKR, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bertempat di Dewan Tan Sri M. Yusuff, Kajang, Selangor.

PSKLM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Zakaria turut memiliki pengalaman profesional hampir 30 tahun dengan PLUS Malaysia Berhad bermula dari tahun 1991.

“Pada tahun 2017, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi, PLUS Malaysia Berhad dan menjawat jawatan itu sehingga kini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI