fbpx

Pesohor media sosial terkejut terima gambar bogel disunting aplikasi AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rachel kini khuatir untuk memuat naik gambar di media sosial. - TikTok

LONDON – Seorang wanita terkejut apabila menerima beberapa gambarnya dalam keadaan bogel dan dicipta menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), lapor akhbar Daily Star semalam.

Pesohor media sosial hanya dikenali sebagai Rachel itu muncul dalam klip video TikTok untuk memberitahu 301,000 pengikutnya bahawa dia menjadi sasaran siri gambar lucah palsu.

Sambil menahan sebak, Rachel berkata, dia telah mesej di laman Instagram daripada akaun tidak dikenali yang mengirimkan pautan gambar bogelnya.

“Ini adalah gambar yang saya siarkan tetapi saya lengkap berpakaian. Mereka menggunakan program AI untuk menyuntingnya dan membuat saya kelihatan berbogel,” kata Rachel.

Oleh kerana gambar itu mempunyai ‘watermark’, individu tersebut menjual gambar yang disuntingnya secara online.

“Lebih memburukkan keadaan, keesokan harinya, saya menerima berpuluh-puluh mesej dengan kiriman gambar itu tanpa watermark. 

“Jadi individu tersebut membayar orang untuk membuang watermark dan mula mengedarnya seolah-olah ia gambar asli,” jelas Rachel.

Kejadian itu membuatkan Rachel ketakutan untuk memuat naik gambar di media sosial kerana bimbang dimanipulasi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI