fbpx

Penduduk kampung berpesta bahagikan wang tunai ditemui dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejumlah penduduk mengambil wang kertas di dalam sebuah parit di kampung Moradabad pada Sabtu lalu. - Foto News8Plus

NEW DELHI – Penduduk sebuah kampung di daerah Rohtas, dalam negeri Bihar terkejut apabila mereka menemui bungkusan berisi wang tunai, lapor portal berita Bussiness Today.

Bungkusan itu ditemui di dalam sebuah parit di Kampung Moradabad pagi semalam.

Video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan sebilangan penduduk mengambil wang kertas pelbagai denominasi termasuk 2,000 rupee (RM108.58), 500 rupee (RM27.14), 100 rupee (RM5.43) dan 10 rupee (RM0.54).

Tidak lama kemudian, orang ramai berpusu-pusu ke tempat itu untuk mengambil wang kertas tersebut, kata beberapa penduduk kampung kepada agensi berita IANS. 

Mereka bagaimanapun mendakwa bahawa wang yang ditemui itu palsu.

Pihak berkuasa kini menyiasat untuk mengenal pasti sama wang kertas itu tulen dan mencari siapa yang membuangnya ke dalam parit. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI