fbpx

Cuaca panas: KPM terus pantau sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) sekali lagi menyarankan supaya sekolah tidak melaksanakan aktiviti luar bilik darjah susulan cuaca panas melampau yang dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan pelajar.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, segala aktiviti berkaitan perlu ditangguhkan sementara cuaca kembali seperti sedia kala.

Menurutnya, kementerian mengadakan sesi libat urus bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan memberikan pedoman bagi memastikan sekolah tidak menjalankan aktiviti luar.

“Setakat ini memang tiada sekolah yang ditutup susulan cuaca panas, namun kita terus dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Fadhlina ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Dato Haji Ahmad Salleh, Nibong Tebal hari ini. – Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

“Pengurusan berkaitan garis panduan serta pemantauan dilakukan dengan ketat oleh KPM bersama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi memastikan keadaan terkawal.

“Biarpun penangguhan ini bersifat sementara, namun ada sesetengah negeri yang cuacanya semakin baik maka kita akan sentiasa pantau dari masa ke semasa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kebimbangan ibu bapa terhadap kesihatan anak-anak bersekolah yang berisiko diserang strok haba susulan cuaca panas ketika ini.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal mengadakan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Dato Haji Ahmad Salleh, Kampung Permatang Keling. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI