fbpx

Ten Hag berang kalah pada saat-saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAC ALLISTER berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-99 ketika Brighton menewaskan United 1-0 di Stadium Amex awal pagi semalam. – AFP

BRIGHTON – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag tidak dapat menerima hakikat gawang pasukannya bolos di ­penghujung perlawanan ketika tewas 0-1 kepada Brighton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

The Red Devils terpaksa pulang dengan tangan kosong daripada kunjungan ke Stadium Amex itu selepas dikecewakan melalui sepakan penalti pemain tengah Brighton, Alexis Mac Allister pada minit ke-99.

“Setiap kekalahan adalah sangat mengecewakan dan lebih menjengkelkan apabila ia berlaku pada saat-saat terakhir perlawanan.

“Kami bermula sangat baik dengan mencipta banyak pe­luang tetapi malangnya penyudah kami tidak klinikal. Saya kecewa kerana kami gagal menyekat serangan balas pantas pasukan lawan,” kata Ten Hag.

Dalam masa sama, Ten Hag juga meluahkan kekecewaannya terhadap keputusan pengadil, Andre Marriner kerana menghadiahkan sepakan penalti kepada lawan selepas mendakwa bola terkena tangan bek kiri United, Luke Shaw.

“Saya tidak boleh mengulas lebih mengenai pengadil. Kami kalah perlawanan ini disebabkan kesilapan pada penghujung perlawanan selain gagal mengambil peluang-peluang yang ada.

“Kekecewaan ini akan terubat apabila kami kembali memena­ngi perlawanan selepas ini. Saya harap para pemain belajar daripada kesilapan hari ini,” jelasnya.

Kekalahan itu masih tidak menjejaskan United pada posisi keempat EPL dengan kelebihan empat mata terhadap pasukan tempat kelima, Liverpool yang sedang mengintai peluang me­rampas kedudukan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI