fbpx

Sah solat pakai baju Manchester United – Azhar Idrus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dakwaan sesetengah individu yang mengatakan memakai jersi bola sepak terutamanya yang mempunyai lambang menyerupai simbol logo atau gambar haiwan tidak sah ketika solat adalah tidak tepat.

Ini kerana kata penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus memaklumkan tiada dalil yang menyebut pakaian tersebut haram dan tidak sah ketika menunaikan solat.

Jelasnya, mengambil contoh pemakaian jersi bola sepak Manchester United (MU) yang mempunyai lambang orang memegang ‘garpu’ yang menyerupai ‘anak toyol’ semasa solat.

“Mu (kamu) pakai gambar ‘heavy metal’, gambar ‘korok’ pun sah lagi solat. Tiada masalah.

“Cuma gambar-gambar yang besar, yang bukan kecil dimaafkan. Makruh kita pakai semasa solat,” katanya dalam satu ceramah agama baru-baru ini.

Azhar menjelaskan, syarat sah solat adalah suci pakaian, badan dan tempat daripada najis.

“Dah baju MU tu buat daripada najis atau benda yang suci? Kalau suci, ia sah, jadi kat mana tidak sahnya? Siapa yang kata tidak sah sila bawa dalil,” tegasnya.

Azhar menambah, bagaimanapun, jika baju yang dipakai itu mempunyai tulisan besar yang boleh menganggu orang solat, maka makruh dipakai ketika solat.

“Sebagai contoh, dia duduk depan kita duduk belakang semasa solat dan baju dia ada tulis Persatuan Takut Bini Pahang. Maka ia makruh kerana telah menganggu orang lain nak solat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI