fbpx

Rumah Terbuka Aidilfitri Pas tidak guna dana kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (tiga dari kiri) bersama Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas di Alor Setar, hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas di Kompleks Pas Kedah, di sini, hari ini, tidak menggunakan dana kerajaan negeri dan diadakan bukan untuk menyaingi Rumah Terbuka Malaysia Madani oleh Kerajaan Perpaduan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan serentak oleh Pas pusat dan negeri itu berbeza kerana dianjurkan sepenuhnya oleh parti politik.

“Menu pun sedap-sedap tetapi menu-menu itu dibuat oleh kawasan dan negeri-negeri (Pas), kita tak pakai kementerian-kementerian,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka tersebut di Kota Sarang Semut, di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata, majlis rumah terbuka Pas itu dilakukan di premis parti dan dengan perbelanjaan parti, bukan menggunakan dana kerajaan.

“Saya nak maklum bahawa sehingga ke peringkat majlis sambutan raya pun kita cukup cermat untuk guna dana kerajaan. Rumah terbuka Menteri Besar Kedah buat atas nama kerajaan negeri 100 peratus, sepatah pun tidak ada perkataan untuk mengundi Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya akan datang.

“Lebih 40,000 tetamu dari seluruh negara hadir sejak pukul 10 pagi tadi dan kebanyakan menu pun telah kehabisan menjelang pukul 2 petang, tetapi masih ada sikit-sikit lagi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir,” ujarnya.” jelasnya.

Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat turut meminta semua penyokong agar terus istiqamah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Kita kerja bersungguh-sungguh dengan kekalkan istiqamah kita, tidak sampai 60 hari lagi kita nak hadapi PRN,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI