fbpx

Putera Harry, Andrew diketepikan di majlis pemahkotaan Raja Charles III

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERA HARRY dan Putera Andrew dilihat bersama di Istana Windsor pada 19 September 2022. – AFP

LONDON – Putera Harry dan Putera Andrew menghadiri majlis pertabalan Raja Charles III hari ini tetapi kedua-dua mereka tidak diberikan sebarang peranan rasmi dalam istiadat tersebut.

Anak lelaki bongsu Raja Charles III itu dan isteri warganegara Amerika Syarikatnya, Meghan melepaskan kewajipan diraja pada 2020 dan sejak itu, mereka  melancarkan kecaman terhadap monarki Britain. 

Putera Andrew yang merupakan adik   Raja Charles III, ‘dibekukan’ kerana kaitan beliau dengan eksekutif kewangan kontroversi, mendiang Jeffrey Epstein dan dakwaan pencabulan yang diselesaikan di luar mahkamah.

Harry, 38, memakai gelaran Duke of Sussex dan Andrew, 63, yang diberikan gelaran Duke of York, menghadiri majlis pertabalan Raja Charles III di gereja Westminster Abbey, London tetapi tidak melakukan sebarang tugas rasmi. 

Kedua-dua mereka juga tidak menyertai perarakan awam di belakang kereta kuda rasmi, Gold State Coach yang membawa Raja Charles III dari Westminster Abbey pulang ke Istana Buckingham selepas majlis pertabalan baginda selesai tetapi mereka muncul di balkoni istana.

Harry merupakan pewaris takhta kelima di belakang abangnya Putera William dan tiga anak beliau iaitu Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis. 

Putera Andrew pula adalah pewaris takhta kelapan selepas Putera Harry dan anak-anaknya iaitu Putera Archie dan Puteri Lilibet.

Isteri Putera Harry, Meghan berada di California bersama anak mereka sekali gus mengelakkan interaksi yang kekok dengan mentuanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI