fbpx

Penduduk bimbang bandar ‘ditelan’ lubang benam gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 50 rumah runtuh dan lebih 300 kediaman lain kini berisiko terjejas akibat lubang benam tersebut. - Bangkok Post

BRASILIA, Brazil – Penduduk sebuah bandar di timur laut Brazil hidup ketakutan disebabkan fenomena lubang benam yang bukan sahaja menelan jalan dan rumah, malah turut menyebabkan kematian, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian yang menjejaskan 70,000 penduduk miskin di bandar Buriticupu, negeri Maranhao itu berpunca daripada penebangan hutan yang berleluasa dan kelemahan perancangan bandar.

Buriticupu berkembang pesat dalam tahun 1970-an dengan permulaan program perumahan pekerja luar bandar.

Bagaimanapun, aktiviti penebangan pokok untuk tujuan pembalakan telah mengurangkan jumlah pokok secara drastik sekali gus menghalang keupayaan tanah menyerap air hujan.

Aktiviti pembalakan ditambah dengan kekurangan sistem perparitan, telah menyebabkan masalah hakisan tanah yang teruk.

Penduduk setempat menamakan lubang-lubang benam yang terbentuk sebagai ‘vocorocas’ atau ‘tanah koyak’ dalam bahasa Orang Asli Tupi-Guarani.

Walaupun berasal daripada retakan permukaan kecil, lubang yang terbentuk menjadi semakin besar selepas hujan lebat dan akhirnya membentuk kawah gergasi.

Menurut pejabat datuk bandar, tujuh individu telah terkorban selepas terjatuh ke dalam vocorocas sejak 20 tahun lalu. Kira-kira 50 rumah runtuh dan lebih 300 kediaman lain kini berisiko.

Terdapat 26 lubang benam di bandar itu pada kedalaman mencecah 70 meter, kata pihak berkuasa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI