fbpx

Nina Juren geram amah lari kebas duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar pasport dan dokumen pengenalan diri pembantu rumah Nina Juren yang dimuat naik di Instagram hari ini.

PETALING JAYA – Pelakon terkenal, Datin Seri Haznina Juren Haniff meluahkan rasa geram ekoran pembantunya rumahnya didakwa telah melarikan diri bersama sejumlah wang ringgit.

Pendedahan itu dibuat beliau menerusi dua hantaran berbeza yang dimuat naik di laman Istagramnya, hari ini.

Dalam hantaran tersebut, beliau yang lebih dikenali sebagai Nina turut memuat naik gambar serta pasport dipercayai milik pembantu rumahnya.

Beliau mendakwa, pembantu rumahnya itu kini sedang berkeliaran di sekitar Kuala Lumpur tanpa dokumen pengenalan diri.

“‘Maid’ (pembantu) lari, pencuri! Tiada permit dan sedang berkeliaran di Kuala Lumpur,” katanya.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai mendoakan urusan pelakon itu dipermudahkan selain menyarankan beliau untuk membuat laporan.

“Jika permit kerja didaftarkan atas nama puan atau suami. Puan boleh melaporkan kepada Jabatan Imigresen,” kata wawa.

“Semoga dipermudahkan urusan akak. Mereka ini tak sedar dek untung. Saya dah rasa dua orang pembantu rumah lari,” luah Jamaliah.

“Mereka lari tanpa pasport pun tak apa sebab memang ada sindiket yang akan buat pasport baru. Buat sahaja laporan polis,” ujar cikmar. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI