fbpx

Tip Liga Fantasi: Haaland wajib ada dalam pasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tips pilihan pemain yang dijangka memberi mata maksimum kepada pengurusa Liga Fantasi untuk minggu ini.

KEHANGATAN saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin menghampiri kemuncak dengan saingan cuma berbaki empat perlawanan sebelum musim ini melabuhkan tirai pada 28 Mei ini.

Pasti tumpuan akan melibatkan dua pilihan utama merebut kejuaraan EPL iaitu Manchester City dan Arsenal bagi saingan minggu ke-35 (GW35) selain beberapa pasukan yang sedia merebut slot Liga Juara-Juara Eropah.

Saingan kelab-kelab bawahan juga dijangka menarik dengan masing-masing berusaha mengelak daripada jatuh ke Liga Kejua­raan musim depan.

Kosmo! berkongsi tip buat para pengurus FPL mengenai pemilihan kesebelasan pemain yang mampu memberikan ba­nyak mata berdasarkan prestasi semasa mereka.

PENJAGA GOL
EMILIANO Martinez berpotensi besar untuk mengutip mata penuh clean sheet apabila turun menentang Wolverhampton Wanderers yang gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhir.

 

PERTAHANAN
JOHN Stones menjadi sandaran di bahagian pertahanan berdasarkan posisi baharunya sebagai pemain tengah bertahan dan sering berada dalam kesebelasan utama Pep Guardiola berbanding nama-nama lain.

 

TENGAH
MARTIN Odegaard meledak dua gol buat Arsenal dan mengutip tiga mata bonus ketika menewaskan Chelsea baru-baru ini, sekali gus dijangka mampu mengulangi prestasi sama menentang Newcastle United.

 

PENYERANG
DANNY Welbeck mampu membawa perbezaan utama kepada pasukan berdasarkan prestasi cemerlangnya dengan dua gol dan satu umpanan jaringan selain harganya murah untuk dibeli.

 

KAPTEN
ERLING Haaland wajib diletakkan sebagai kapten disebabkan rekod hebatnya musim ini dan dijangka mampu meledak gol ke-36 apabila turun menentang Leeds yang ‘tempang’ tanpa pengurus tetap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI