fbpx

Tiga warga Malaysia dari Sudan selamat tiba di Jeddah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry.

PUTRAJAYA – Seramai tiga rakyat Malaysia yang terkandas di Sudan dilaporkan selamat tiba di Pangkalan Laut Raja Faisal, Jeddah, Arab Saudi pada pukul 12.50 tengah malam tadi.

Berita gembira itu disahkan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang menjelaskan kejayaan itu hasil usaha kerjasama melibatkan pelbagai pihak.

“Ini termasuklah Pasukan Khas Operasi Sudan Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Sudan dan Arab Saudi serta pihak Kerajaan Arab Saudi,” katanya menerusi kenyataan tadi.

Kelmarin, beliau memaklumkan tiga warga Malaysia yang tidak pernah berdaftar dengan pihak kedutaan di ibu kota Khartoum masih lagi terkandas di Sudan.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, tiga rakyat Malaysia itu yang merupakan seorang wanita dan dua anaknya telah menaiki kapal HMS Amanah milik Tentera Laut Diraja Arab Saudi.

“Ketibaan mereka itu disambut sendiri oleh pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah dan kemudian dibawa ke tempat penginapan disediakan kerajaan Arab Saudi.

“Ketiga-tiga mereka dijangka tiba di tanah air pada 5 pagi Ahad ini menerusi pesawat Saudia penerbangan SV842 yang diuruskan Wisma Putra dan Konsulat Jeneral,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI