fbpx

Pemuda minta pandangan, tidak sengaja pesan makanan tak halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar makanan tidak halal yang dipesan oleh Amin.

PETALING JAYA – Seorang lelaki meminta pendapat orang ramai selepas dia secara tidak sengaja makan makanan tidak halal yang dipesan melalui sebuah aplikasi perkhidmatan penghantar makanan.

Menerusi klip video yang dikongsi TikTok, lelaki itu mengakui kesilapannya kerana tidak memeriksa status makanan tersebut dengan teliti kerana terlalu lapar pada ketika itu.

“Pukul 1 pagi lapar, pesan makanan. Masa tengah makan pelik kenapa rasa macam lain. Macam tak biasa makan. Duduk fikir minyak apalah dia pakai,” katanya.

Amin kemudiannya memeriksa pesanannya dan terkejut apabila makanan itu dilabel tidak halal.

“Lepastu aku pergilah periksa dekat aplikasi tu. Sekali aku pandang, teliti betul-betul, Ya Allah ‘non’ halal.

“Awak semua tolong bagi pendapat. Subhanallah, Allahuakbar. Aku ‘first time’ (pertama kali) ini. Aku terlepas pandang pasal kedai,” ujarnya.

Melalui ruangan kapsyen, Amin sempat berseloroh mahu menyamak ususnya kerana termakan makan yang dipesan itu.

“Nak samak usus ke macam mana,” katanya.

Rata-rata orang ramai berkongsi pandangan mengenai isu ini.

“Ya Allah, kesiannya awak. Istighfar banyak-banyak dan buat solat taubat minta ampun pada Allah kerana khilaf diri kita,” kata Umie.

“Tak sengaja tak apa. Dah tahu tak payah dah makan. Sabar sajalah Am. Dugaan mana-mana pun ada,” ujar Beydah Bolly. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI