fbpx

MITRA umum tiga inisiatif bantu golongan B40 masyarakat India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramanan bercakap pada sidang akhbar Pengumuman Program-Program Inisiatif MITRA di Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) mengumumkan, tiga inisiatif akan dilaksanakan tahun ini bagi golongan B40 masyarakat India termasuk pelanjutan tempoh permohonan geran kewangan bagi organisasi.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas (JPPK) MITRA, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, inisiatif diumumkan itu memberi fokus terhadap pendidikan dan pengajian tinggi, ekonomi dan latihan kerja selain kebajikan serta kesejahteraan sosial.

Menurutnya, seramai 10,000 pelajar golongan B40 disasarkan untuk menerima manfaat di bawah program subsidi bantuan pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti awam dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM20 juta.

“Tujuan program itu meringankan beban kewangan ibu bapa di mana anak-anak mereka sedang belajar di universiti awam membabitkan pelajar tahun kedua, ketiga dan akhir yang akan menerima subsidi secara one-off bernilai RM2,000.

“Program ini dilaksanakan secara kolaboratif dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan bantuan berkenaan akan mula disalurkan sebelum semester pengajian bermula.

“Permohonan akan dibuka bermula Isnin ini pada pukul 2 petang sehingga 15 September depan dan kita akan proses berdasarkan ‘first come, first serve’,” katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan sesi perbincangan program MITRA, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, inisiatif kedua dilaksanakan melibatkan subsidi pendidikan awal tadika swasta Tamil yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi membantu mengurangkan isu keciciran dalam pendidikan awal, masalah literasi serta numerasi dalam kalangan kanak-kanak.

Jelasnya, subsidi sebanyak RM200 sebulan untuk setiap kanak-kanak itu meliputi yuran tadika dan sarapan pagi selama 12 bulan membabitkan seramai 4,500 penerima dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM10.8 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI