fbpx

‘Jangan percaya mesej kerajaan pusat tumbang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke.

KLANG – Orang ramai diminta tidak mempercayai mesej bahawa Kerajaan Perpaduan yang ketika ini menerajui kerajaan pusat akan tumbang pada masa terdekat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan mesej itu tidak benar kerana tiada bukti yang mengesahkan perkara tersebut.

“Ketika ini, ada mesej tular kononya kerajaan baharu akan ditubuhkan dan Perdana Menteri baharu akan dilantik.

“Hal ini hanyalah khabar angin sahaja, jadi saya harap orang ramai yang menerima mesej tersebut supaya mengabaikan mesej itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Persatuan Ejen-Ejen Penghantaran dan Logisitik Selangor (SFFLA) 2023 di Hotel Wyndham, di sini, malam ini.

Anthony yang merupakan Setiausaha Agung DAP turut menjelaskan kerajaan ketika ini mempunyai sokongan yang mencukupi daripada gabungan beberapa parti.

Justeru, kata beliau, orang ramai diminta untuk meneruskan aktiviti harian dan perniagaan yang kini sudah pulih sediakala selepas berakhirnya pandemik Covid-19.

“Biar kami, orang politik yang uruskan hal ini. Cukup-cukuplah berpolitik kerana rakyat kini nak lihat kerajaan bantu untuk tingkatkan ekonomi mereka dan negara,” tegasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI