fbpx

Jaminan MITRA tidak terpalit isu penyelewengan dana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas (JPPK) Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Datuk Ramanan Ramakrishnan memberi jaminan bahawa unit itu tidak akan terpalit dengan sebarang isu penyelewengan dana.

Katanya, beliau bersama beberapa lagi ahli JPPK MITRA dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang amanah bagi membantu kaum India khususnya golongan B40 di negara ini.

“Kita dilantik di sini untuk menolong kaum India, apa yang saya perlu buat saya sudah buat untuk memastikan semua berada dalam susunan.

“Saya boleh bagi jaminan MITRA tidak akan ada apa-apa kaitan dengan penyelewengan, itu saya boleh bagi jaminan tapi saya harap sama (pemohon) diberikan (dana) saling memberi kerjasama kerana bergantung kepada dua pihak dan bukan satu pihak sahaja,” katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan sesi perbincangan program MITRA, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ramanan berkata, MITRA turut melanjutkan tempoh permohonan bagi geran kewangan sehingga 28 Mei depan dengan 1,227 permohonan telah pun diterima secara atas talian sehingga semalam yang bernilai RM443 juta.

Jelasnya, unit berkenaan akan bersikap telus dengan memaparkan setiap nama penerima geran serta organisasi di laman web rasmi MITRA.

“Tak perlu risau kerana kita sangat telus dan semua penerima, nama mereka akan dipamerkan di laman web. Mereka (pemohon) juga memberikan kebenaran kepada kami untuk paparkan nama mereka sebagai bukti bahawa kami telah mengeluarkan dana tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI