fbpx

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan yang dimuat naik di Facebook Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha yang menyambut perayaan itu hari ini.

Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Buddha,” titah Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster ucapan yang dimuat naik di Facebook Istana Negara hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI