fbpx

Sitkom ANMS promosi agenda sihat untuk rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha (tiga kiri) melancarkan Sitcom Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil kelainan dalam mempromosikan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di negara ini menerusi penerbitan sebuah sitkom.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, sitkom ANMS yang bersiaran dengan lapan episod itu dibarisi pelakon popular negara seperti Liza Abdullah, Nadia Mustafar, Acong Sweetchild, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Beliau berkata, kementerian sentiasa berusaha mencari idea baharu bagi membantu rakyat mencapai dan mengekalkan tahap kesihatan namun, dengan elemen lebih santai.

“Idea sitkom ini dilihat mampu menjadi pemangkin serta peralihan daripada penjagaan pesakit kepada penjagaan kesihatan. Sitkom itu adalah sebahagian daripada Teras 1 ANMS iaitu Memantapkan Promosi Pembudayaan Hidup Sihatm” katanya pada majlis pelancaran sitkom itu, hari ini.

Kata beliau, sitkom itu menampilkan cerita dalam bentuk santai dan menghiburkan serta mampu mencorakkan daya fikir masyarakat lebih sihat.

Dr. Zaliha berkata, ANMS kini memasuki Fasa Kedua Pelaksanaannya (2023-2025) yang meletakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat Malaysia sebagai keutamaan.

“Fasa kedua itu mengetengahkan elemen pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan. Kita akan teliti keberkesanan sitkom ini dan sekiranya mendapat sambutan waktu siarannya akan ditukar kepada waktu perdana,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI