fbpx

Pemadaman kebakaran tapak pelupusan sampah Beris Lalang selesai minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah Beris Lalang, Bachok hari ini. FOTO TOREK SULONG

BACHOK – Kerja-kerja memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah seluas lebih empat hektar di Beris Lalang di sini dijangka selesai minggu depan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, pihaknya menggunakan kekuatan maksimum dengan menempatkan 50 anggota bomba bagi memastikan kebakaran dapat dipadamkan selain mengelak ia merebak ke kawasan lain.

Menurutnya, JBPM Kelantan turut mengguna sumber air dari kawasan tadahan berdekatan menerusi penyedut berkapasiti tinggi selain hos
lebih besar untuk dialirkan ke lokasi kebakaran sejauh lebih 304 meter.

“Langkah itu diambil susulan jentera JBPM sukar untuk masuk ke lokasi apabila keadaan laluan yang sempit. Kita turut bekerjasama dengan syarikat pelupusan sampah bagi melancarkan gerak kerja,” katanya pada sidang akhbar di pusat pelupusan sampah Beris Lalang di sini hari ini.

Menurut Zainal lagi, kebakaran yang bermula 25 April lalu itu menyebabkan pencemaran udara yang boleh menghalang penglihatan kenderaan darat dan trafik udara terutamanya pada waktu malam.

Katanya, keadaan berkabus pada tengah malam dan awal pagi itu berlaku ekoran molekul asap yang terkumpul ketika suhu sejuk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI