fbpx

Lipas pun jadi tumpuan paparazi di Met Gala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lipas itu mengejutkan orang ramai yang menunggu ketibaan Rihanna di permaidani merah. - Twitter

BANDAR RAYA NEW YORK – Seekor lipas mencuri tumpuan barisan jurugambar selepas ia dikesan di atas permaidani merah pada acara Met Gala 2023, lapor laman berita Wion News semalam.

‘Tetamu tidak diundang’ itu membuat kejutan ketika orang ramai menunggu ketibaan penyanyi terkenal, Rihanna dan teman lelakinya, ASAP Rocky.

Kemunculan lipas itu menimbulkan kekecohan di media sosial dan video mengenainya tersebar di internet.

Bertindak balas terhadap rakaman memaparkan seorang jurugambar New York, Kevin Mazur menangkap gambar lipas tersebut dengan seorang netizen menyindir: “Beginilah seriusnya saya membuat kerja!”

“Sejujurnya, seekor lipas yang menarik perhatian di atas permaidani merah Met Gala adalah perkara paling hebat pernah saya lihat sepanjang hidup saya,” kata netizen lain.

Bagaimanapun, majalah Variety kemudian melaporkan bahawa seseorang telah terpijak serangga itu.

“Dengan rasa sedih yang mendalam, kami mesti melaporkan bahawa lipas #MetGala telah dipijak,” tulisnya di Twitter. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI