fbpx

Kerjasama UPSI-KazNU pelopori bidang STEM, teknologi nano

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Amin (tengah) menandatangani MoU bagi pihak UPSI di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah hari ini.

TANJUNG MALIM – Fakulti Sains Matematik (FSM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Kebangsaan Kazakh Al-Farabi (KazNU) bagi berkongsi kepakaran dalam beberapa bidang penyelidikan antara kedua-dua universiti.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff, kerjasama itu bakal menyaksikan perkongsian dua hala penyelidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“MoU ini juga melibatkan perkongsian kepakaran dalam bidang teknologi nano menerusi institusi kajian saintifik KazNU serta FSM sendiri.

“UPSI sehingga Mac lalu telah memeterai MoU dengan tujuh universiti tempatan dan 22 universiti luar negara. Bahkan, sebanyak 45 MoU ditandatangani bersama industri tempatan dan dua dari luar negara,” katanya hari ini.

Majlis memeterai MoU antara FSM dan KazNU berlangsung secara dalam talian dengan UPSI diwakili Md. Amin manakala KazNU diwakili Timbalan Rektor Operasinya, Dr. Assel Uvaliyeva.

Md Amin berkata, kerjasama dengan KazNU yang tersenarai sebagai salah satu 150 terbaik dunia oleh QS University Ranking itu juga diharapkan dapat memacu kecemerlangan UPSI.

“Kerjasama ini juga dapat diperkukuhkan dengan menjalankan penyertaan bersama dalam latihan, bengkel dan persidangan serta penerbitan artikel dari kedua-dua universiti menerusi Educatum Journal of Science Mathematics and Technology (EJSMT) dan Chemical Bulletin of Kazakh National University,” katanya.

Bahkan, katanya, MoU itu juga menggalakkan perkongsian kepakaran antara kakitangan akademik, serta mobiliti akademik dalam mempromosikan pembelajaran silang budaya kedua-dua buah institusi merentas sempadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI