fbpx

Lelaki OKU didakwa jadi mangsa liwat rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BATU GAJAH – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dipercayai menjadi mangsa liwat kenalannya dalam kejadian di kawasan kebun di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian menimpa mangsa berusia 28 tahun itu kelmarin.

Katanya, mangsa OKU lemah intelektual itu mendakwa dia dipaksa melakukan persetubuhan luar tabii oleh suspek berusia 26 tahun sekitar pukul 3.30 petang.

“Lelaki terbabit yang tidak bekerja itu dikatakan telah menawarkan diri untuk menghantar mangsa pulang ke rumah sebelum dia dibawa ke sebuah pondok.

“Bertindak atas maklumat, suspek telah pun ditangkap oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah pada pukul 11.30 pagi semalam,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam tangkapan tersebut, polis telah merampas sebuah kereta dan telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut.

Katanya, suspek direman selama lima hari bermula hari ini sehingga Khamis depan untuk siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Norhidayah Omar di talian 013-3976564 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI