fbpx

EPL: Manchester City nikmati puncak liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND meledak satu gol ketika membenam Fulham sekali gus melengkapkan jaringan ke-50 dalam semua kejohanan musim ini. – AFP

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memberi amaran kepada barisan pemainnya supaya tidak leka meskipun sudah menerajui saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang 2-1 ke atas Fulham di Craven Cottage malam kelmarin.

The Citizens memiliki kelebihan satu mata ke atas pencabar terdekat, Arsenal yang akan melayan kunjungan pasukan bermasalah, Chelsea di Emirates pada perlawanan awal pagi esok.

Pada aksi di Craven Cottage, City memastikan tiga mata menjadi milik mereka selepas dua pe­nyerangnya, Erling Haaland dan Julian Alvarez masing-masing menjaringkan satu gol, manakala gol tuan rumah dijaringkan Carlos Vinicius.

“Saya fikir pencabar terdekat kami tidak akan tercicir banyak mata dalam beberapa perlawanan terakhir. Sekarang apa yang paling penting adalah mentaliti kami untuk terus merendah diri dan fokus satu demi satu perlawanan.

“Arsenal akan bermain awal pagi esok, jadi kami akan kembali kurang dua perlawanan berban­ding mereka. Bagi saya, pertemuan antara Arsenal dan Chelsea boleh jadi penentu kejuaraan musim ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan rasa kagum terhadap Haaland yang melakar sejarah baharu apabila menjadi pemain Liga Perdana pertama sejak 1931 yang menjaringkan 50 gol dalam semua pertandingan.

“Saya tahu rekod itu dicipta sebelum Winston Churchill menjadi Perdana Menteri lagi, ia bertahan terlalu lama. Saya sangat gembira kerana dia (Haaland) berani untuk mengambil sepakan penalti itu,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI