fbpx

Buli jalanan: Lelaki berusia 23 tahun dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi buli jalanan sebuah kereta berwarna putih menghalang sebuah kenderaan lain dalam kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 20.9 dari Telok Kemang, menghala ke Seremban. FOTO : IHSAN FACEBOOK.

PORT DICKSON – Seorang lelaki berusia 23 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian buli di Kilometer 20.9 Lebuh Raya Seremban – Port Dickson dari Telok Kemang, di sini akan dituduh esok.

Lelaki berkenaan akan didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson pukul 8.30 pagi mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu dengan gopoh di jalan awam dan Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 10 saat memaparkan aksi buli jalanan melibatkan sebuah kereta yang telah menghalang pergerakan kenderaan pada 28 April lalu.

“Pihak kami telah menahan dua lelaki dan kertas siasatan dibuka di bawah kesalahan trafik iaitu Seksyen 336 Kanun Keseksaan, Seksyen 26, 42, 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan juga Kaedah 50 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Aidi Sham, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan tuduh ke atas salah seorang suspek iaitu seorang lelaki berusia 23 tahun telah diperolehi.

Sebelum ini, media melaporkan pihak polis memohon pemilik akaun Facebook, pemandu dan penumpang kedua-dua buah kenderaan yang terlibat dengan kejadian tersebut termasuk saksi yang melihat kejadian supaya hadir ke Balai Polis Trafik Port Dickson bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI